Thursday 2 August 2012

Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk


Lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, kadangkala pasti ada pihak yang merajuk. Telefon tidak berjawab, SMS tidak berbalas. Facebook pun dia deactivate. Pasti pening macam mana mahu memujuk si dia kan?
Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk

1. Berikan hadiah.
Hati seorang perempuan memang mudah cair bila anda menghadiahkan sesuatu untuknya kerana itu tandanya anda menghargainya. Tak perlu hadiah yang mahal, asalkan ikhlas daripada hati, si dia pasti akan suka walaupun pura-pura tak mahu terima. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan adalah seperti bunga, coklat, patung/soft toy, dan pelbagai lagi barangan comel yang sesuai dengan diri si gadis. Jika hadiah itu sesuatu yang anda buat sendiri, pasti keikhlasan anda memujuk akan lebih terserlah.

2. Nyanyikan lagu untuknya.
Kebanyakan perempuan memang mudah tersentuh bila mendapat dedikasi lagu daripada kekasih mereka. Apatah lagi jika anda sendiri yang menyanyikan lagu cinta tersebut sambil diiringi oleh petikan gitar. Oh so sweet! Cair dibuatnya. Silap haribulan, tak boleh tidur dia nanti. Jika anda tidak pandai menyanyi atau bermain muzik, tidak mengapa. Gunakan kreativiti anda untuk menghantarkan dedikasi lagu untuknya. Pilih lagu kegemarannya atau lagu yang menggambarkan perasaan hati anda.

3. Tuliskan nota cinta.
Ungkapkan perasaan anda kepada si dia. Lelaki memang jarang mengekspresikan perasaan mereka jika dibandingkan dengan perempuan. Beri kejutan dengan menyelitkan nota-nota cinta anda buatnya. Apabila dia tidak melihat, selitkan kad, puisi, gambar atau nota hati anda di tempat-tempat yang strategik seperti celah-celah buku, dalam beg, laci meja, wiper kereta dan sebagainya. Rajuknya pasti semakin reda apabila terjumpa dan membaca nota hati anda itu.

4. Kejutan
Seperti yang telah dinyatakan tadi, perempuan memang suka dengan kejutan-kejutan manis kerana ini membuatkan mereka berasa diingati, disayangi dan istimewa. Barulah tambah terserlah keromantikan anda. Jika perlu, minta bantuan kawan-kawannya ketika mengatur rancangan kejutan rahsia anda agar ianya berjalan dengan lancar. Senanglah anda mahu memujuknya nanti.

5. Berikan Perhatian
Apabila anda terlalu sibuk dengan hal-hal lain seperti kerja, tugasan, kuliah, kawan dan sebagainya sehingga tidak sempat melayannya, si dia merajuk. Bukannya dia marah, cuma mungkin inginkan lebih perhatian dan mahu bermanja dengan anda. Cubalah untuk luangkan masa yang berkualiti bersama kekasih anda. Pasti si dia akan lebih senang hati nanti.
Semoga para jejaka di luar sana berhasil memujuk kekasih hati anda yang sedang merajuk itu. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda. Nantikan tips memujuk kekasih (lelaki) merajuk pada masa akan datang! :)

No comments:

Post a Comment