Thursday 2 August 2012

6 Tips Berkenalan Untuk Perempuan


Tips berkenalan untuk Perempuan

Kacaknye si Dia, tapi macam mana nak mulakan?

Sangat seronok apabila dapat menatap wajah kacak, tampan seorang lelaki tambahan pula tiba-tiba ada sesuatu padanya yang anda suka seperti, baik budi melintaskan makcik tua menyeberangi jalan, tegas bila dalam membuat keputusan, menjadi imam dalam satu program sekolah.. Tapi AWAS lelaki punya sikap EGO yang tinggi dan mempunyai sifat cerewet sebenarnya dan AWAS juga dengan boya(buaya) darat. “Don’t sangka clear wata no boya”..
Antara yang penting juga ialah niat anda berkenalan… :) Sentiasa letakkan niat yang baik, insya allah kalau si Dia tuh jodoh anda.. Maka, bersatulah anda dan si Dia.
Antara tips yang anda boleh buat..

1. Mulakan perkenalan
Lelaki ni simple(mudah), kalau cakap A dia jawab A, tak ada dalam hati dia B,C atau D… Jadi senang kalau nak approach(dekati) lelaki. Zaman sekarang, tak salah kalau berterus terang, dengan hanya mulakan dengan “Salam” atau “Hi” di Facebook atau SMS telefon.. Cukuplah sekadar itu untuk permulaan.. Seterusnya ..

2. Perkenalan
Dalam mula berkenal, tanya latar belakang si Dia, berapa adik beradik, kerja apa, kerja di mana, masih belajar, belajar aliran apa? Semua soalan asas untuk berkenalan dengan seseorang..

3. Respon
Bila anda dapat respon dari dia, ini menunjukkan si Dia setuju untuk berkenalan dengan anda. Dalam pada respon itu, cuba tinggalkan sehari atau dua untuk tidak menghubungi dia.. Kalau dia bertanyakan khabar pada hari-hari kemudian, ada besar kemungkinan dia teringatkan anda.. Tetapi….

4. AWAS : Jangan Terlalu Cepat menunjukkan perasaan suka
Memang kadang-kadang tidak dapat disorokkan perasaan ini, tapi sebagai seorang perempuan dan wanita jangan terlalu cepat tunjukkan anda suka pada si Dia, kerana EGO lelaki kadang-kadang menganggap anda terlalu mudah untuk ditawan jadi “take your time” tak perlu bergopoh.. Kerana anda ada peluang untuk bermain tarik tali..

5. Kalau Si Dia berminat
Seperti yang diceritakan dalam mukadimah yang lelaki ini cerewet… Jadi kalau si Dia, terus dan masih hubungi awak… ini bermakna, anda punyai peluang yang cerah… antara perkara yang akan membuatkan si Dia tertarik pada anda… Pertama, dan pertama sekali memang dia lihat paras rupa anda, tipulah kalau dia berkata kalau dia tak lihat semua itu. Kedua, cara anda mejaga dia, berbudi bahasa? kasar? 3. Anda sepadan dengan si Dia, serasi dari semua segi dan Happy bila bertemu..

6. Seterusnya….
Kalau dah serasi, dan happy, tunggu apa lagi… :) Ajaklah si Dia untuk masuk meminang dan berkahwin..
Suka? “Like” :) dan share

Dari Kaca Perspektif Pengarang : “ayat ayat cinta”



Cinta… satu perasaan merupakan anugerah tuhan buat hambanya untuk merasakan perasaan ini.. Cinta wujud sejak kecil lagi, bermula dari kasih sayang ibu dan ayah.. Menjaga dan membesarkan diri kita… Dan apakah cinta semasa zaman sekolah RELAVAN? atau hanya sekadar cinta monyet(puppy love)? Cinta Hati akan merungkai persoalan ini…
Buat adik-adik yang masih muda, ingatkah kamu semasa di tadika, semasa di sekolah rendah, bila aktiviti suka bila bercampur dengan kumpulan lelaki dan perempuan, terasa malu bila hendak menyetuh atau pegang tangan perempuan.. Hati kata segan sebab dia berjantina lain dan rasa tak “cool” dan akan diejek oleh kawan-kawan…
Tapi… Semuanya berubah bila anda masuk sekolah menengah, apabila suara anda mula berubah, misai kucing menyubur, janggut kambing mengembang yang bagi lelaki dan suka kelihatan cantik, mengalami perkembangan tubuh badan di dada dan pinggul, datang darah haid bagi yang perempuan.. Menunjukkan anda dah mencapai akhil baligh, dan sebenarnya anda sudah boleh berkahwin dan memulakan keluarga…
Jadi… Boleh tak kami bercinta?
Izinkan saya bercerita. Pernah adik-adik rasa “Cinta pandang pertama”? Ianya lahir dari perasaan yang datang secara tiba-tiba dan tak diduga.. Apabila ada didepan mata adik-adik seorang lelaki atau perempuan yang kita tak tahu apa istimewanya tetapi, dialah seolah-olah bidadari/bidadara yang turun dari langit… Pada masa itu jantung adik-adik tiba-tiba bergetar dengan laju, bibir dan lidah dan terkedu, tambah-tambah rasa malu bila bertemu… Itulah cinta panda pertama? ia mungkin terjadi pada semua orang, ada yang melalui nya pada zaman sekolah, ada yang pada zaman universiti dan ada juga zaman pekerjaan..
Kalau ada rasa “Cinta pandang pertama”? Alhamdulillah adik dapat rasa indahnya kurnia yang diberikan pada adik.. Satu perasaan yang tak dapat dibayangkan.. :)
Jadi… Boleh tak kami bercinta?
Boleh… Tapi… adik-adik kenalah bertanyakan pada diri adik-adik.. Mengapa saya bercinta? dan jawab soalan ini?
1. Saya nak kahwin dengan dia ?
2. Saya nak bina keluarga dengan dia ?
3. Saya nak beri isteri salah tempat tinggal ?
4. Saya nak beri anak-anak saya makan dan minum ?
5. Pakaian untuk keluarga saya ?
6. Saya kena jaga suami saya ?
dan seterusnya ?
7. Adakah saya berkemampuan ?
8. Adakah ilmu saya sudah cukup ?
9. Saya seorang yang bertanggung jawab ?
Kalau adik-adik mampu dan tahu kenapa adik bercinta … jadi alhamdulillah lahirlah seorang pemimpin dalam sebuah keluarga.. :)
Cinta itu satu tanggungjawab, dan merupakan fitrah semulajadi bagi manusia.. Kalau tak ada rasa cinta mungkin adik-adik takkan lahir di dunia ini.. Kerana cinta Ayah dan Ibu dan dengan jalan yang betul… Dapatlah adik merasakan cinta yang pernah dirasa oleh Ayah dan Ibu adik-adik..
Cinta itu satu tanggungjawab, bila Allah jadikan manusia, tidak lain dan tidak bukan pertamanya untuk beribadah kepada allah, tuhan yang paling layak disembah , dan keduanya menjadi khalifah di bumi allah…
Cinta itu satu tanggungjawab, bila adik wajib menjaga isteri dan suami masing-masing dalam membina sebuah keluarga yang ceria, happy dan bahagia..
Jadi.. sedikit sebanyak harap dapat menolong adik-adik memahami.. Kalau adik rasa masih belum bersedia, tambahkan ilmu dan lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.. Semoga adik-adik menjadi insan yang berguna dan boleh membantu diri sendiri dan orang lain..

Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk


Lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, kadangkala pasti ada pihak yang merajuk. Telefon tidak berjawab, SMS tidak berbalas. Facebook pun dia deactivate. Pasti pening macam mana mahu memujuk si dia kan?
Tips Memujuk Kekasih (Gadis) Merajuk

1. Berikan hadiah.
Hati seorang perempuan memang mudah cair bila anda menghadiahkan sesuatu untuknya kerana itu tandanya anda menghargainya. Tak perlu hadiah yang mahal, asalkan ikhlas daripada hati, si dia pasti akan suka walaupun pura-pura tak mahu terima. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan adalah seperti bunga, coklat, patung/soft toy, dan pelbagai lagi barangan comel yang sesuai dengan diri si gadis. Jika hadiah itu sesuatu yang anda buat sendiri, pasti keikhlasan anda memujuk akan lebih terserlah.

2. Nyanyikan lagu untuknya.
Kebanyakan perempuan memang mudah tersentuh bila mendapat dedikasi lagu daripada kekasih mereka. Apatah lagi jika anda sendiri yang menyanyikan lagu cinta tersebut sambil diiringi oleh petikan gitar. Oh so sweet! Cair dibuatnya. Silap haribulan, tak boleh tidur dia nanti. Jika anda tidak pandai menyanyi atau bermain muzik, tidak mengapa. Gunakan kreativiti anda untuk menghantarkan dedikasi lagu untuknya. Pilih lagu kegemarannya atau lagu yang menggambarkan perasaan hati anda.

3. Tuliskan nota cinta.
Ungkapkan perasaan anda kepada si dia. Lelaki memang jarang mengekspresikan perasaan mereka jika dibandingkan dengan perempuan. Beri kejutan dengan menyelitkan nota-nota cinta anda buatnya. Apabila dia tidak melihat, selitkan kad, puisi, gambar atau nota hati anda di tempat-tempat yang strategik seperti celah-celah buku, dalam beg, laci meja, wiper kereta dan sebagainya. Rajuknya pasti semakin reda apabila terjumpa dan membaca nota hati anda itu.

4. Kejutan
Seperti yang telah dinyatakan tadi, perempuan memang suka dengan kejutan-kejutan manis kerana ini membuatkan mereka berasa diingati, disayangi dan istimewa. Barulah tambah terserlah keromantikan anda. Jika perlu, minta bantuan kawan-kawannya ketika mengatur rancangan kejutan rahsia anda agar ianya berjalan dengan lancar. Senanglah anda mahu memujuknya nanti.

5. Berikan Perhatian
Apabila anda terlalu sibuk dengan hal-hal lain seperti kerja, tugasan, kuliah, kawan dan sebagainya sehingga tidak sempat melayannya, si dia merajuk. Bukannya dia marah, cuma mungkin inginkan lebih perhatian dan mahu bermanja dengan anda. Cubalah untuk luangkan masa yang berkualiti bersama kekasih anda. Pasti si dia akan lebih senang hati nanti.
Semoga para jejaka di luar sana berhasil memujuk kekasih hati anda yang sedang merajuk itu. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak membantu anda. Nantikan tips memujuk kekasih (lelaki) merajuk pada masa akan datang! :)

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik


Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.
Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?

Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.
Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha. Kami di Ayat-Ayat Cinta sentiasa mendoakan kebahagiaan para pembaca. :)

Percintaan Jarak Jauh (PJJ)



PJJ selalunya orang akan ingat PENDIDIKAN JARAK JAUH. Namun begitu PJJ juga boleh di kategorikan sebagai PERCINTAAN JARAK JAUH. Ramai yang tidak percaya dengan Percintaan seperti ini. Namun begitu jika ingin terus berkekalan dengan pasangan masing-masing, pasangan itu mestilah mempercayai pasangan masing-masing terdapat beberapa cara bagi mengekalkan perhubungan itu.
- Komunikasi
Dalam percintaan jarak jauh ini pasangan bercinta haruslah mempunyai komunikasi yang baik. dengan cara komunikasi ini yang boleh mengeratkan hubungan mereka. pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti SMS, SKYPE, telefon & pelbagai lagi bagi mengeratkan hubungan anda dengan pasangan masing-masing.
- Kata Hati
Selalunya pasangan yang bercinta ini akan mempunyai naluri yang macam-macam namun begitu percayalah jika anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam percayalah dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH.
- Kepercayaan
Kepercayaan ini merupakan asas penting. Anda perlu percaya pada diri anda dan juga pasangan anda. ini amat penting kerana dalam percintaan jarak jauh ini pasangan selalu diuji, jadi setiap pasangan perlu mempercayai pasangan masing-masing jika anda tidak percaya maka perhubungan anda pasti tidak akan berjaya.
- Berdoa
Setiap apa yang dilakukan mesti dari berusaha dan kemudian barulah tawakal. Jika anda dan pasangan anda telah berusaha dalam perhubungan jadi jalan yang terakhir adalah dengan berdoa. ALLAH akan sentiasa membantu umatnya jika kita sentiasa berusaha.
- Kesimpulannya
Yakin dengan apa yang anda lakukan INSYA-ALLAH percintaan jarak jauh anda akan berjaya. apa yang penting kerjasama di antara anda dengan pasangan anda. dan percaya pada jodoh kerna setiap umatnya telah ditetapkan jodohnya. Andai dia jodoh anda tidak kira sejauh mana jarak anda dengan pasangan anda pasti bersatu jua akhirnya. INSYA-ALLAH.
Karya Oleh : ayat ayat cinta