Kasihi dan utamakanlah anak-anak yatim
“Sebaik-baik
rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan
baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak
yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya. ”[Riwayat Ibnu Majah]
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Huraian
i)
Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama
mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim
begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan
sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu
rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar
mereka turut gembira.
ii)
Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim dimana bapanya Abdullah
meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah
pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia
seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul
Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut
menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu
baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat
6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : “Bukankah Dia yakni Allah
mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan
perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia
memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan
kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim.
Jangan
engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau
menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya. ”
iv)
Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim.
Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu
dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak
yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal
dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah
mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci
Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu
bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka
daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firman-Nya
dalam ayat 1-2 surah al-Ma'un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang
orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta
berlaku zalim terhadap anak yatim !”
No comments:
Post a Comment