Ayat Jiwang Karat...ubat hati sedih
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan
itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.
..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah
kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula
menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan
terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu
teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia
retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia
dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh
digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat..
.
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu
ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.. .
Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba
membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan.
..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang
lain
Kamu juga yang akan menyesal...
aku pernah berharap,
ReplyDeletetpi harapan itu cume sia-sia..